ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

28 Julai 2010

Harith Image Wedding Storybook

Portfolio Harith Image Wedding Storybook

                                                         

25 Julai 2010

09 Julai 2010

Sample Custom Album


Disini dimuatkan sample custom album atau storybook bersaiz 8 x 24 inci untuk rujukan.
Kami juga menawarkan beberapa saiz lain storybook, bagaimanapun kami lebih gemar menggunakan saiz
8 x 24 inci dan 10 x 24 inci pada harga yang ditawarkan dilaman ini. Bagi saiz lain, harga berpatutan akan kami tawarkan. Pihak kami juga menawarkan khidmat mengedit dan mengdesign storybook dengan gambar disediakan oleh client pada harga yang berpatutan. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami dinombor tertera dilaman ini. Sekian, terima kasih.

19 Jun 2010

Konvokesyen Mohamad Nasir

Usaha dan kesabaran adalah kunci kejayaan. Bukan senang untuk belajar secara formal disamping kerja di pejabat. Inilah inspirasi untuk part time student. Sekalung tahniah.

13 Jun 2010

Outdoor Wedding Ja & Zairi


Salam

Jalan-jalan ditasik Taiping dipertemukan dengan pasangan pengantin yang sedang bergambar bersama ahli keluarga dan sanak saudara. Just nak test shoot sekeping dua, terus pengantin booking untuk sesi outdoor next day nye. Sesi bermula seawal 9 pagi hingga 12 tghari. Just sekeping custom album 8 x 24 inch je yang sempat upload. Biasala freelancer. Sekian.

29 Mei 2010

Putrajaya

Salam semua...ini ada beberapa photo yg sempat aku capture masa outing dgn team aku (adik aku la) sikit je aku snap...mengantuk sebab sampai lambat...tp team aku byk la snap...aku tdo dlm keta je hehe, tp takpe la boleh kongsi dgn anda semua.



Masjid Putrajaya (view from bridge)

Masjid Sultan Zainal Abidin Entrance


Seri Wawasan Bridge


Seri Wawasan Bridge (unik betul la design)


Perbadanan Putrajaya

Aku rasa kena repeat lagi la gi shoot kat Putrajaya(memang kene repeat pn Abe Jib.hehehe)...kena plan baik ckit. Ini tak 50-50 mlm tu nak pegi sbb Klang / KL hujan lebat...sampai serdang tak hujan. Rugi tak pegi awal. Ok sekian dulu.

Pernikahan Intan & Ijam


Custom Album 8 x 24 inci

10 Mei 2010

My Baby Girl

Salam kepada semua dan syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku seorang cahaya mata girl pada 10/05/2010. Alhamdulillah semuanya selamat dan terima kasih kepada wife ku yang telah melahirkan baby girl ini dengan izin-Nya. Anak ku ni dilahirkan pada hari Isnin jam 4.12 ptg di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik dan normal. Berat baby sewaktu kelahiran 3.1kg dan tinggi 52cm...lebih kurang la dgn abang2 nya. Aku pun turut serta berada disisi wife ku menyaksikan proses kelahiran dan memberikan sokongan kepada kepada wife ku...Huhhh...sedih melihat kesakitan dan terdetik dalam hati...itulah pengorbanan isteri dan juga ibu kepada anak-anak...sayangi lah ibubapa kita. Kesakitan nya sekejap sahaja 30 minit jika nak dibandingkan dengan 1st baby dulu hampir 5 jam menahan sakit...tapi itulah...macam2 timbul dibenak fikiran ku...hanya mampu berdoa dan berserah kepada-Nya. Hari ke-4 selepas kelahiran...aku daftarkan nama baby girl ni Danisha Nur Aisya (Kebijaksanaan/ Pengetahuan Cahaya Aisya).Nama Aisya ni dipilih oleh Hazeem (Anak Sulong) dan disebut2 sejak Aisya 6 bulan dalam kandungan...mcm dia tahu je dapat adik girl hehe. Disini diuploadkan photo2 untuk dikongsi bersama. Sekian.